Friday

Rumah yang sama macam minggu lepas

Ehhh aku rasa excited pulak.

Jom cuci mencuci!!!  Biar kasi wangi.

Hari ni aku dapat umah sama macam minggu lepas, kiranya aku dah kenal uncle dan auntie tu.  Keadaan rumah pun aku dh taw, jadi tak mengelabah sangaat.

Selepas aktiviti mencuci..

Fuyooo aku dapat siapkan dalam masa 3 jam jer,  dapat balik awal lagipun hari ni jumaat,  aku dapat siap2 awal ke Masjid,  aloo dekat je,  sebelah taman rumah customer aku ni. Nama masjid tu Al-Mujahideen. Aku datang awal dapat lah makan nasi lemak 2 bungkus beb. Free 1 botol air mineral. Ehh aku saja nak cerita bagi memanjangkan blog aku ni, maklumlah aktiviti mencuci aku tu sangatt lah tak mencabar. Kiki.

Waktu kat rumah customer tadi,  aku sampai awal 835 pagi,  tuan rumah senyum lebar,  dan dia kata,  its okay,  last week you buat better,  all my space in house,  clean,  but dont do same like hotel for toilet,  just clean,  its okay.  Kehkehkeh,  ko rasa,  aku buat terlampau bagus ke. Of cos beb, aku rasa cuci mencuci ni mmg jiwa aku kot. Ehhh angkat bakull pulak.

Aktiviti dah bermula.

Aku start dengan mengelap dan membersihkan kipas kat ruang parking kereta.  Kiranya ni tolong jer,  yang kipas kat dalam semua aku dah setel, last week,  aku rasa hari ni tak banyak sangat kot.

Kemudiannya,  aku dapat green light daripada auntie, utk bersih dan mengilap silding door,  pintu dia full cermin,  jadi aku guna spray yang untuk cermin dan kertas,  gosok-gosok bagi licin,  sambil bergelek2 sambil berkerja. Kehkehkeh.

Siap semua,  aku pun rajin gila weyyyhh,  aku gi mengelap pintu,  suis yang berabuk tu,  tepi2 dinding pon aku gosok sikit2, bagus tak aku. Kikiki.

Lepas siapp semua,  aku vacumm dan yang palinghh syokkkk mengmopp. Horrayy ni paling best,  aku pun pelik kenapa aku syokk sangat nak mengmopp. Jeng jeng jeng.

Aku malas nak tulis panjang2 lah,  kalo nak details gila memang penat nak menaip,  aku ringkaskan je,  report aku ni.  Tadi memang kerja ringan sikit,  aku cuma bersihkan tingkap,  lap2 sikit,  toilet , vacum dan mop.

Tak rasa penat,  hari ni pown satu customer jer. Habis semua,  aku dapat 100plus setin. Kiki upahhh.

Korang taw,  lepas solat  jumaat tadi aku sempat gi bandar sri damansara, aku nak usha lokasi apartment mewah customer untuk besok,  jadi alang2 tak serabutt nanti,  aku tak taw nak story apa pulok,  memang lokasi dah jumpa,  mudah le besok,  aku singgah jap makan nasik bajett RM 5.00. Ada pakcik tu siap kutuk aku kata banyakk khazanah ko bawak. Kiki tu lahh manusia ni suka sangat nak menyibukk,  menyampah,  bukan aku mintak mkn dengan ko pun. Ehmmnm,  aku buat bodoh jer. Mmg tak layan. Aku tak suka kacau hal orang,  dan ambik taw hal orang. Menyammpahhh. Dishhhh.

Dah aku rasaa macam nak mengamuk ni,  report ni aku stop je kat sini.  Besok aku sambung story balik,  kali ni memang betul-betul apartment mewah dan private,  sedaya upaya aku akan cerita kat korang taw. Byee. Jom cuci-cuci kasi wangi wangi.  Muahhhh

Pakcu cleaning servis
Ruang tamu customer,  ni lepas aku bersihkan, aku nak ambik gambar sebelum tpi tdi ada customer, malu aku takut dia complain. Yang pintu depan tu yang aku kata tadi,  cermin,  jadi memang lenguh tngan nak bersih bagi licinn. 

Wow bersih kan,  bab toilet ni aku memang details weyhh,  kekdang mangkuk tu,  kuning,  iee geli tengoknya. Lantai kena tonyohh sikit2, termasukk dingding lah. Kasi2 cuci dan wangii. Baru bestt. 

Ni mastar bed room,  ada 2 bilik aku malas nak snap yang ni jer cukup kot,  ko pun tak nak taw agaknya. Lepas aku bersihkan tingkap2 tu,  aku start mop lantai. Macam biasa lah. 

Jeng jeng,  ni tandas ke dua weyhh aku cuci. Nampak bersihhkan. Kiki angkat bakull nie. 

Nyawa aku,  horrayy ni lah kawan aku,  kikiki ko mampu,  bila aku dapat benda ni semua jadi happy. Dah aku malas nak story panjang lah. 

No comments:

Post a Comment